Sewa lori 3 tan seringkali menjadi keperluan penting bagi individu yang memerlukan pengangkutan barang dalam kuantiti besar. Jadi kebiasaan individu yang selalu mencari lori sewa adalah lori sewa jenis 1 tan. Tahukah anda? Dengan Majumovers kami ada pelbagai jenis kenderaan selain lori 1 tan iaitu, lori 3 tan dan lori 5 tan.
Untuk artikel kali ini, kami kongsikan sebenarnya lori 3 tan dan lori 5 tan lebih menjimatkan berbanding dengan lori 1 tan untuk mengangkut barang-barang anda. (Sekiranya barang anda banyak dan memenuhi ruang lori yang besar)
Sebelum itu, anda perlu kenali dulu apa itu lori 3 tan dan keluasannya?
Apa Itu Lori 3 Tan?
Lori 3 tan bersamaan juga dengan lori 3000 kg. Saiz standard sebuah lori 3 tan adalah 14 x 7 x 7.5 kaki. Kebiasaan barang-barang yang boleh dimuat dalam lori 3 tan adalah :-
- King + Katil
- Mesin basuh
- Peti sejuk 2 pintu
- Meja makan 6 kerusi
- Sofa 3+2 tempat duduk
- Almari
Info lanjut lagi tentang lori 3 tan, boleh baca sini
Apa Itu Lori 5 Tan?
Lori 5 tan bersamaan juga dengan lori 5000 kg. Saiz standard sebuah lori 5 tan adalah 17 x 7 x 7.5 kaki atau 20 x 7 x 7.5 kaki. Kebiasaan barang-barang yang boleh dimuat dalam lori 5 tan adalah barang-barang yang banyak dan besar seperti katil, tilam saiz king yang banyak, almari yang besar, sofa yang banyak dan barang-barang besar yang lain.
Info lagi tentang lori sewa 5 tan boleh baca sini
Kini anda dah tahu saiz dan apakah itu lori 3 tan dan 5 tan. Dan tahukah anda kenapa dengan sewa lori lebih besar lebih menjimatkan? Antara sebab lebih menjimatkan adalah :-
Ruang yang LEBIH BESAR
Dengan ruang yang lebih besar, anda tidak perlu risau tentang barang-barang yang mungkin tidak cukup dan dengan sewa lori yang mempunyai ruang yang lebih besar ia sangat sesuai kepada anda yang memiliki perabot-perabot yang besar dan banyak. Anda tak perlu fikir panjang, hanya perlu sewa samada lori 3 tan atau 5 tan.
MenJIMATkan KOS
Tahukah anda dengan tawaran yang diberikan oleh kami Majumovers, ia lebih murah berbanding dengan sewa lori 1 tan atau Van terutama bila anda ambil pakej pindah rumah. Dalam pakej pindah rumah kami, sekiranya anda memilih lori sewa 3 tan atau 5 tan anda bukan sahaja dapat lebih diskaun malah anda mendapat 3 orang pekerja (manpower) yang boleh bantu anda memindahkan barang-barang anda. Oleh itu, dengan saiz yang lebih besar ruang, lebih menjimatkan. Anda boleh cuba bandingkan saiz dengan buat tempahan dengan kami Majumovers melalui website.
MenJIMATkan MASA
Dengan sewa yang lebih besar anda boleh menjimatkan masa anda dengan hanya satu kali trip sahaja, anda sudah dapat pindah kesemua barang-barang anda ke rumah baru anda. Bila anda fikirkan untuk sewa lori 1 tan (Mungkin anda rasa lebih kecil lebih jimat) tapi dengan barang anda yang banyak ia menyebabkan lori sewa perlu ulang alik dari rumah lama ke rumah baru anda kerana ruang yang tidak cukup.
Itulah dia sebab-sebab kenapa dengan sewa lori 3 tan atau 5 tan ia lebih menjimatkan dengan Majumovers. Dengan memilih Majumovers untuk sewa lori 3 tan dan 5 tan, anda dapat merasai pengalaman pengangkutan yang lebih mudah, efisien, dan menjimatkan. Ini tidak hanya memberikan kelegaan kepada anda dari segi kos tetapi juga memastikan penghantaran barang berjalan dengan lancar dan berkesan.